monggo di baca.Asal-Usul Keluarganya: Dajjal adalah seorang manusia
dari keturunan Yahudi. Dia
bukan Jin atau apajua
makhluk lain selain ia sebagai
manusia yg ditangguhkan
ajalnya "MinalMunzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg
di angkat oleh Allah swt ke
ataslangit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula keatas
muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di
Madinah AlMunawwarah.
Sama juga halnya dgn Iblis yg
di tangguhkan kematiannya
sehinggakiamat nanti. Dajjal; ayahnya seorang yg
tinggi dan gemuk. Hidungnya
seperti Paruh
burung.Sedangkan Ibunya
pula seorang perempuan
gemuk dan banyak dagingnya. MenurutImam Al
Barzanji ada pendapat
mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya
ialahseorang Dukun Yahudi yg
di kenali dgn "syaqq" manakala ibunya adalah
daribangsa Jin. Ia hidup di
zaman Nabi Sulaiman as dan
mempunyai hubungan
denganmakhluk halus. Lalu
oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke
dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa keciltidak
diketahui dgn jelas. Sifat Badannya: Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah
bersabda: Dajjal ialah orang
yang buta matanyasebelah
kiri, lebat (panjang)
rambutnya serta dia mempunyai Syurga
danNeraka. Nerakanya itu
merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam
Hadis Rasulullahsaw,
diantaranya:
Seorang yg kelihatannya
masih muda;Berbadan Besar
dan agak kemerah- merahan;Rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan
dari belakang seolah-olah
dahankayu yg rimbun. Dan tandanya yg paling
ketara sekali ada dua:Pertama:
Buta mata kirinya dan
kelihatan seperti buah kismis
yg kecut,manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-
keliplaksana bintang. Jadi
kedua-dua matanya adalah
cacat.Kedua: Tertulis didahinya
tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)".
Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia
pandai membaca atau
tidak.Mengikut hadis riwayat
At-Thabrani, kedua-dua tanda
ini menjelma dalam diriDajjal
setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tandayg terakhir
ini belum ada pada dirinya. Tempat Tinggalnya Sekarang: Menurut riwayat yg sahih yg
disebutkan dlm kitab "Shahih
Muslim", bahawaDajjal itu
sudah wujud sejak beberapa
lama. Ia dirantai di sebuah
pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama
"Al-Jassasah". Terdapat hadis
mengenainya.. (tetapi terlalu
panjang utk ditulis..
andaboleh membaca terus dari
buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita
bahawaDajjal itu telah ada dan
ia menunggu masa yg
diizinkan oleh Allah swt
utkkeluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah
disebelah Timur bukan di
Barat. Berapa lama ia akan hidup
setelah kemunculannya: Dajjal akan hidup setelah ia
memulakan cabarannya
kepada umat ini, selamaempat
puluh hari sahaja. Namun
begitu, hari pertamanya
adalah sama dgnsetahun dan hari kedua sama dengan
sebulan dan ketiga sama
dengan satuminggu dan hari-
hari baki lagi sama seperti
hari-hari biasa.
Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan
dan14 hari. Dalam Hadis
riwayat Muslim ada
disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia
akan tinggal di mukabumi ini?
Nabi saw, menjawab: Ia akan
tinggal selama empat puluh
hari. Hariyg pertama seperti
setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hariketiga
seperti seminggu. Kemudian
hari yg masih tinggal lagi
(iaitu 37hari) adalah sama
seperti hari kamu yg
biasa.Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari
yg panjang sepertisetahun itu,
apakah cukup bagi kami
hanya sembahyang sehari
sahaja (iaitu 5waktu sahaja).
Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira
hari itudgn menentukan
kadar yg bersesuaian bagi
setiap sembahyang.."
Maksud Sabdaan Rasulullah
saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada
hari itu. Bukan mengikut
perjalanan matahari seperti
biasanya kitalakukan.
Misalnya sudah berlalu tujuh
jam selepas sembahyang Subuh pada hariitu maka
masuklah waktu sembahyang
Zohor, maka hendaklah kita
sembahyangZohor, dan
apabila ia telah berlalu selepas
sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka
masuklah waktu Asar, maka
wajib kita sembahyang
AsarBegitulah seterusnya
waktu Sembahyang Maghrib,
Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari
yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu
tahun danbilangan
sembahyang pun pada sehari
itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita
lakukan. Begitu juga pada hari
Kedua dan ketiga. Fitnah Dajjal: Dajjal telah diberi peluang oleh
Allah swt utk menguji umat
ini. Oleh keranaitu, Allah
memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg luar
biasa. Di antarakemampuan Dajjal ialah: 1. Segala kesenangan hidup
akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku
akanmematuhinya.Sebelum
kedatangan Dajjal, dunia Islam
akan diuji dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3
tahun berturut-turut. Pada
tahun pertama hujan
akankurang sepertiga dari
biasa dan pada tahun kedua
akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan
turun langsung. Umat akan
dilandakebuluran dan
kekeringan. Di saat itu Dajjal
akan muncul membawa ujian.
Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan
berkata pada awan:
Hujanlahkamu di daerah ini!
Lalu hujan pun turunlah dan
bumi menjadi subur.
Begitujuga ekonomi, perdagangan akan menjadi
makmur dan stabil pada org
ygbersekutu dgn Dajjal.
Manakala penduduk yg tidak
mahu bersukutu dgn
Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan
kesusahan. Dan ada
diriwayatkanpenyokong
Dajjal akan memiliki segunung
roti (makanan) sedangkan org
ygtidak percaya dengannya
berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat
Rasullullah s.a.w.
bertanya:"Jadi apa yg
dimakan oleh org Islam yg
beriman pada hari itu wahaiRasulullah?"Nabi
menjawab:"Mereka akan
merasa kenyang dengan
bertahlil, bertakbir, bertasbih
danbertaubat. Jadi zikir-zikir
itu yang akan menggantikan makanan." H.R IbnuMajah 2. Ada bersamanya
seumpamanya Syurga dan
Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah
kelihatan bersama dengannya
seumpama syurga danneraka dan juga sungai air dan sungai
api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya
ini untuk menguji iman org
Islam kerana hakikat yg
benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg
dikatakan Syurga itu
sebenarnya Nerakadan apa yg
dikatakannya Neraka itu
adalah Syurga. 3. Kepantasan perjalanan dan
Negeri-Negeri yang tidak
dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan
ini tidak ada pada kenderaan
org dahulu. Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan
kepantasan itu seperti
kepantasanjet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara
atau lebih pantas lagidaripada
kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu
kilometer dapat
ditempuhdalam satu jam"…
Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana
kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi
menjawab:"Kepantasan
perjalanannya adalah seperti
kepantasan "Al Ghaist" (hujan
atauawan) yang dipukul oleh
angin yang kencang." H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap
tidak dapat memasuki dua
Bandar suci umat Islamiaitu
Makkah Al Mukarramah dan
Madinah Al Munawwarah. 4. Bantuan Syaitan-Syaitan
untuk memperkukuhkan
kedudukannya:
Syaitan juga akan
bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan
lebih ramai lagi anak cucu
Adam a.s.